USDCAD Analisa Fundamental Harian 26 Mei 2015

28

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-004

Dollar CAD menokok sekitar 40 pips Isnin semalam, dari paras terendah harian sekitar 1.2275 sebelum menutup sekitar paras 1.2310 dalam mood pasaran yang santai, lantaran pasaran Amerika Syarikat yang bercuti sempena “memorial day”. Pasaran dilihat masih menyokong pembelian Dollar, pasca laporan inflasi teras AS yang dilaporkan lebih baik Jumaat lalu.

Di pasaran Kanada, index harga pengguna meningkat sebanyak 0.8% tahun ke tahun pada bulan April 2015, turun daripada 1.2% yang dilaporkan pada bulan sebelumnya, terkesan dari harga bahan api yang lebih rendah. Peningkatan pada bulan April adalah yang  terkecil sejak Oktober 2013. Berbanding dengan bulan April 2014, indeks tenaga menurun 13.5%, selepas penurunan 10.4% pada bulan Mac.

Indeks gas asli turun 14.6%, selepas meningkat 0.4% pada bulan sebelumnya. Kejatuhan mendadak ini disebabkan oleh penurunan harga di Ontario. Harga petrol turun 21.0% selepas mencatatkan penurunan 19.2% pada bulan Mac. Di samping itu, harga bahan api menurun 20.0% selepas penurunan 15.2% pada bulan Mac lalu. Harga meningkat dalam tujuh daripada lapan komponen utama.

Kenaikan CPI Kanada yang terbesar adalah dari harga yang lebih tinggi untuk makanan. Indeks tempat tinggal, termasuk gas asli dan bahan api, juga meningkat dalam tempoh 12 bulan hingga April, walaupun pada kadar yang lebih perlahan daripada bulan Mac. Indeks pengangkutan adalah satu-satunya komponen utama yang mencatatkan penurunan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat