USDCAD Analisa Fundamental Harian 27 Jul 2015

24

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-016

Dollar CAD berada dalam dagangan ‘sideway’ Jumaat lalu, dengan pergerakan sekitar 85 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.3100 ke serendah 1.3015; setelah Loonie terus ketinggalan berbanding Dollar AS kesan dari harga minyak yang lebih rendah dan kejatuhan harga emas. Kadar tukaran USD|CAD diniagakan di atas paras psikologi 1.30 lantaran mata wang Amerika itu kekal positif.

Tuntutan awal bantuan pengangguran terkini menunjukkan pengangguran AS jatuh ke tahap terendah dalam hampir 42 tahun minggu lalu, menurut Jabatan Tenaga Kerja AS, dalam satu lagi tanda pemulihan dalam pasaran pekerjaan di negara kuasa ekonomi terbesar dunia itu.

Di pasaran komoditi, emas susut lebih daripada 1% kepada paras terendah sejak awal tahun 2010, yang juga merupakan kejatuhan mingguan terbesar dalam masa sembilan bulan.  Harga minyak pula menghampiri paras terendah dalam masa empat bulan. Minyak gred Brent, susut 35 sen kepada $54.92 setong, setelah mencecah paras terendah harian pada $54,80, yang merupakan paras terendah sejak awal April. Dollar Kanada yang merupakan matawang komoditi disamping Dollar Australia dan New Zealand, banyak dipengaruhi oleh permintaan di pasaran komoditi.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat