USDCAD Analisa Fundamental Harian 27 Mei 2016

38

Dollar CAD terus merudum untuk hari ketiga Khamis semalam, jatuh lebih 120 pips untuk ke paras terendah harian sekitar C$1.2910 sebelum memacu naik untuk menutup lebih tinggi sekitar paras C$1.2975; setelah pasaran terus memberikan reaksi kepada tindakan Bank of Canada yang mengekalkan kadar baru-baru ini dan harga minyak yang bercampur-campur.  Pada masa yang sama, sentimen kenaikan kadar AS terus membantu menyokong belian Dollar.

Di pasaran Amerika Syarikat, komen terbaru dari Gabenor Jerome Powell yang menjadi ahli lembaga pengarah Feds, memberikan pasaran sebab baru untuk terus yakin dengan sentimen kenaikan kadar AS seawal Jun bulan depan. Gabenor Powell dalam ucapan beliau di ‘Peterson Institute for International Economics’, Washington DC semalam mengatakan kenaikan kadar dalam masa terdekat adalah wajar.

Bagaimanapun, ramai penganalisis masik skeptikal tentang kenaikan kadar seawal Jun ekoran referendum ‘Brexit’ yang datang selepas itu.  FOMC akan bermesyuarat pada 16 Jun dan pasaran tidak optimis dalam melihat kadar AS yang lebih tinggi ditengah-tengah kehangatan referendum ‘Brexit’ seminggu selepas itu, pada 23 Jun. Berkemungkinan besar kadar akan dinaikkan pada Julai, selepas ketegangan pasaran reda.

Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) suku pertama 2016 yang dijangka meningkat dari 0.5% kepada 0.8% dan sentimen pengguna yang menurun dari 95.8 mata kepada 95.7 mata.  Awal pagi sabtu nanti atau petang New York, Pengerusi Feds Janet Yellen bakal berucap di Radcliffe, Massachusetts yang mungkin menawarkan petunjuk baru untuk rancangan kenaikan kadar AS. Tiada laporan berimpak tinggi dari Kanada hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat