USDCAD Analisa Fundamental Harian 29 Dec 2014

25

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-017Dollar CAD yang membuka pasaran Jumaat lalu dengan sedikit “gap down” telah menutup “gap” tersebut dalam dagangan tipis setinggi 1.1630 ke serendah 1.1603, ekoran pedagang dan pengurus dana di Amerika Utara yang kebanyakanya masih dalam mood Krismas.  Ini ditambah pula dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari kedua-dua buah negara bagi mendorong sebarang order baru untuk kedua matawang tersebut.

US Dollar melonjak ke paras tertinggi dalam masa 11 tahun selepas data GDP tahunan menunjukkan pengembangan 5% berbanding jangkaan 4.3% dan 4.6% pada bulan sebelumnya.  Pada masa yang sama, peningkatan nilai Dollar telah menyebabkan pelbagai komoditi seperti emas dan minyak jatuh harga.  Minyak mentah yang berada pada paras terendah dalam masa 5 tahun, sekitar $53.58, dua minggu lalu menyebabkan “loonie” susut nilai kerana minyak mentah merupakan antara eksport Kanada yang terbesar.

Dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari kedua-dua buah negara hari ini, pasaran dijangka terus “ranging” dalam dagangan tipis.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat