USDCAD Analisa Fundamental Harian 3 Jun 2015

43

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-014

Dollar CAD merudum lebih 165 pips Selasa semalam, dari paras tertinggi harian sekitar 1.2535 ke paras terendah sekitar 1.2365, sebelum menutup sekitar paras 1.2400; setelah data “factory orders” Amerika Syarikat meleset jauh dari jangkaan sifar dan 2.2% pada sebelumnya. Laporan pada -0.4% begitu mengecewakan pasaran dan mendorong penjualan Dollar.

Sebelum daripada itu, Dollar AS tenang dalam perdagangan sesi Asia selepas kenaikan pada Isnin, ekoran data ekonomi terkini AS menghidupkan harapan untuk kenaikan “interest rate” dari Federal Reserve. Dollar index juga stabil sekitar paras 97.40, selepas menutup Mei dengan kenaikan 2.4%, kenaikan bulanan yang ke-10 dalam masa 11 bulan. Pasaran saham AS pula ditutup tinggi dalam sesi dagangan tidak menentu, setelah perjanjian oleh Intel Corp untuk membeli Altera pada $16.7 billion membantu memacu sektor teknologi.

Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan ADP NFP yang dijangka meningkat dari 169 ribu kepada 198 ribu pekerja, defisit dagangan yang bertambah baik dari -$51.4 billion kepada -$43.9 billion, serta “ISM non-manufacturing PMI” yang sedikit susut dari 57.8 kepada 57.1.  Pada masa yang sama, Kanada pula bakal melaporkan defisit dagangan yang bertambah baik dari -$3 billion kepada -$2.1 billion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat