USDCAD Analisa Fundamental Harian 30 Dec 2014

39

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-018Dollar terus melonjak naik Isnin semalam berbanding “Loonie”, selepas membuat paras terendah harian sekitar 1.1605, sepanjang sesi dagangan New York.  Pasaran yang melihat data-data ekonomi Amerika Syarikat yang bertambah baik, terus menjangkakan Federal Reserve AS bakal mengakhiri program QE nya seawal April 2015.  Walaubagaimanapun, para penganalisa yang dibanci Bloomberg baru-baru ini berpandangan September 2015 adalah jangka masa yang lebih realistik.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding 6 matawang lain – Euro, Yen, British Pound, Canadian Dollar, Swedish Krona, dan Swiss Francs – terus memacu ke paras tertinggi tahunan yang baru sekitar 90.65 pada sesi Asia hari ini.  Walau bagaimanapun Index tersebut bakal berdepan dengan resistance sekitar 98.60 yang juga merupakan paras tertinggi tahun 2013.

Dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Kanada sehingga Jumaat ini, Dollar dijangka terus menguasai pasaran dengan jangkaan “consumer confidence” yang bertambah baik walaupun “unemployment claims” yang dijangka meningkat akan sedikit mengekang Dollar.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat