USDCAD Analisa Fundamental Harian 30 Jan 2015

57

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-005

Dollar CAD terus memacu naik lagi, lebih 160 pips Khamis semalam, untuk mencapai paras bulanan tertinggi yang baru sekitar 1.2676, sebelum menutup sekitar 1.2615; apabila data berimpak tinggi “unemployment claims” Amerika Syarikat dilaporkan lebih baik dari jangkaan dan sebelumnya.  Pemohon bantuan pengangguran yang berkurang dari 308 ribu kepada 265 ribu, menunjukkan ekonomi AS yang bertambah baik.

Harga minyak mentah global yang terus-menerus merudum juga, tidak membantu sebarang sokongan belian untuk “loonie”.  Semalam harga mencecah ke $43.55 setong yang merupakan paras terendah dalam masa 6 tahun.  Pada masa yang sama, tindakan Bank of Canada yang memotong “interest rate” sebanyak 25 basis points secara tiba-tiba sebelum ini, menyebabkan pasaran terus hilang minat untuk memegang “loonie” berbanding Dollar.

Hari ini Kanada bakal melaporkan GDP bulanannya, yang dijangka menguncup dari 0.3% kepada -0.1%; dan Amerika Syarikat pula melaporkan GDP suku ke-4 tahun lepas, yang juga djangka menguncup dari 5% kepada 3%.  Keadaan ini dilihat bakal menyebabkan pasaran dalam dagangan tipis dan “ranging” melainkan terdapat kejutan pasaran.  Para pedagang dan pengurus dana juga dilihat bakal mengambil untung belian mereka, bagi menutup dagangan bulan Januari.

Berminat belajar forex, cara paling mudah ? Dapatkan Pakej Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX di sini – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat