USDCAD Analisa Fundamental Harian 30 Mar 2015

54

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-017

Dollar CAD memacu naik lebih 140 pips Jumaat lalu, dari paras terendah harian sekitar 1.2465 ke paras tertinggi sekitar 1.2620; sebelum menutup pada sekitar 1.2610, sekaligus membentuk ‘bullish engulfing candle’ di carta harian.  Keadaan ini telah membentuk ‘bullish hammer candle’ di carta mingguan, sekaligus menunjukkan pasaran yang berpotensi untuk kembali memacu naik minggu ini.  Pivot mingguan yang baru adalah sekitar 1.2545

Di pasaran Amerika Syarikat jumaat lalu, GDP tahunan dilaporkan berkembang pada sekitar 2.2% berbanding 2.4% jangkaan dan 5% pada sebelumnya.  Keadaan ini walaupun tidak begitu memberansangkan, Dollar dilihat terus mendapat permintaan ekoran pasaran yang bertukar mode ke ‘risk off’ setelah Arab Saudi diberitakan menyerang pemberontak di Yaman.  Harga minyak menutup pada sekitar $48.87 setong Jumaat lalu.

Dengan ketiadaan sebarang data berimpak tinggi dari Kanada minggu ini, Dollar dilihat bakal terus menguasai pasaran terutamanya jika data-data seperti “consumer confidence”, “ADP employment change”, “manufacturing PMI”, “initial jobless claims”, “trade balance”, NFP dan “unemployment rate” dilaporkan lebih baik dari jangkaan.  Tiada data berimpak tinggi dari Amerika Syarikat hari ini.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat