USDCAD Analisa Fundamental Harian 31 Dec 2014

35

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-019Dollar CAD menyusut sekitar 50 mata, sepanjang sesi dagangan London Selasa semalam, selepas para pelabur menjual semula Dollar dan membeli “Loonie” bagi menutup buku dagangan bagi tahun 2014.  Nilai tukaran USD|CAD yang telah meningkat lebih 1,000 mata semenjak Julai lalu menjadikan barangan dan aset di Kanada lebih murah untuk dimiliki oleh pelabur dari Amerika Syarikat.  Kenaikan ini yang berpunca dari ekonomi AS yang bertambah pulih dan spekulasi kenaikan “interest rate” oleh Federal Reserve AS, sekaligus menjadikan aset-aset yang dinyatakan dalam Dollar seperti emas, perak dan minyak merudum.

Minyak yang terus jatuh Selasa semalam keparas terendah tahunan yang baru, sekitar $52.68 setong, menjadikan “Loonie” hilang sokongan dan tarikan sebagai matawang dasar dalam pegangan portfolio pelaburan.  Walau bagaimanapun, dengan pasaran Australia dan New Zealand yang membayar “interest” lebih tinggi berbanding Kanada, para pelabur dan pengurus dana yang berpangkalan di Kanada dilihat bakal menambah pegangan matawang fizikal dalam “Aussie” dan “Kiwi”.  Pada masa ini “interest rate” Kanada adalah pada 1% berbanding 2.5% di Australia dan 3.5% di New Zealand.

Hari ini dengan pasaran yang sedang bersiap untuk menyambut tahun baru 2015 Khamis esok, dagangan dijangka tipis dengan tumpuan pada krisis politik di Greece dan data ekonomi Amerika Syarikat – “unemployment claims” dijangka meningkat dari 280 ribu kepada 290 ribu, “chicago PMI” dijangka menyusut dari 60.8 kepada 60.2, dan “pending home sales” dijangka meningkat dari -1.1% kepada 0.6% yang bakal dilaporkan malam nanti.  Tiada sebarang data ekonomi dari Kanada hari ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat