USDCAD Analisa Fundamental Harian 31 Mar 2015

39

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-018

Dollar CAD memacu naik lebih 100 pips Isnin semalam, hingga mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.2705, sebelum menutup pada sekitar 1.2670; sekaligus menyebabkan kadar tukaran USD|CAD berada di atas pivot hari ini sekitar 1.2660  Carta harian yang masih lagi dalam downtrend, hanya akan dibatalkan sekiranya nilai tukaran USD|CAD menutup diatas 1.2725

Di pasaran komoditi, minyak mentah kembali  berada di bawah pivot bulanan – 50.05 – setelah meningkat lebih $7 setong minggu lepas, terkesan dari krisis di Yaman.  Walau bagaimanapun pasaran kembali tenang, selepas mendapati serangan Arab Saudi ke atas pemberontak di Yaman berjaya mengekalkan kestabilan bekalan minyak dari rantau teluk.

Dengan ketiadaan sebarang data berimpak tinggi dari Kanada hari ini, Dollar dilihat berpotensi untuk terus menguasai pasaran; terutamanya jika “consumer confidence” dilaporkan lebih baik dari jangkaan 96.  Bacaan sebelumnya adalah pada 96.4

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat