USDCAD Analisa Fundamental Harian 4 Aug 2015

30

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-007

Dollar CAD terus memacu naik lebih 90 pips Isnin semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.3175 sebelum menutup sekitar paras 1.3155; selepas Dollar terus mendapat pemintaan berbanding CAD ekoran sentimen kenaikan “interest rate” AS pada September ini yang semakin diyakini pasaran.  Pada masa yang sama, kejatuhan angka “manufacturing” PMI China telah memberati matawang komoditi seperti Loonie, Aussie dan Kiwi.

Jumaat lalu, Kanada melaporkan penurunan GDP bulanan untuk lima bulan berturut-turut tetapi menjamin bahawa negara itu akan melanggar definisi teknikal kemelesetan sebaik sahaja laporan penuh suku kedua sedia.  GDP hanya menurun 0.2% dari bulan ke bulan, tetapi kelemahan dilihat menyeluruh. Pengeluaran barangan dan perkhidmatan industri jatuh, masing-masing dengan perubahan -0.6% dan -0.1%.

Pasaran yang teragak-agak tentang penjadualan kenaikan kadar di Amerika Syarikat bermakna Dollar Kanada mempunyai sedikit masa lagi untuk terus bertahan.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat