USDCAD Analisa Fundamental Harian 5 Jan 2016

52

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-002

Dollar CAD melonjak lebih 165 pips Isnin semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar C$1.3985 sebelum menutup sekitar paras C$1.3950; selepas para trader dilihat menjual komoditi dan matawang berasaskan komoditi, apabila data China menunjukkan kuasa ekonomi kedua terbesar dunia itu sedang menghadapi pertumbuhan ekonomi yang semakin malap.  Pada masa yang sama, minyak mentah berada dalam dagangan bergelora selepas drama antara Arab Saudi dan Iran, yang mencetuskan ketegangan di Timur Tengah.

[adrotate group=”6″]

Hari ini Kanada bakal melaporkan Indeks Harga Bahan Mentah yang dijangka merudum dari 0.4% kepada 2.3% di bawah sifar.  Kanada yang merupakan negara pengeksport bahan mentah komoditi seperti minyak mentah, balak, gas dan aluminium, banyak bergantung kepada pasaran komoditi untuk menstabilkan nilai matawangnya.  Kejatuhan pasaran komoditi semenjak tiga tahun yang lepas telah merudumkan kadar tukaran USD/CAD lebih daripada 4,000 pips, dengan nilai terendah sekitar C$0.9815 pada Januari 2013 ke setinggi C$1.4000 untuk setiap satu Dollar AS pada bulan lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat