USDCAD Analisa Fundamental Harian 6 Mei 2015

43

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-009

Dollar CAD terus menjunam lebih 120 pips Selasa semalam, untuk mencapai paras terendah sekitar 1.2000 sebelum menutup sekitar paras 1.2065, lebih rendah dari pembukaan; setelah harga minyak yang kukuh membantu “loonie” memacu naik sejak beberapa hari lalu. Dalam nota kepada pelanggan yang dikeluarkan pada Isnin lalu, Ian Gordon dan John Shin, dua penganalisis di Bank of America Merrill Lynch, mengemaskini ramalan mereka untuk Dollar Kanada.

Mereka kini percaya bahawa $1 akan bernilai 1.27 Dollar Kanada pada akhir tahun ini, turun dari 1.30; dan 1.21 Dollar Kanada pada akhir tahun 2016, turun daripada 1.23. Harga minyak mentah yang merudum, kekuatan dalam Dollar AS dan penurunan tiba-tiba “interest rate” oleh Bank of Kanada pada Januari lalu telah mempercepatkan kadar penurunan Dollar Kanada pada tahun 2015, hingga ke paras terendah dalam masa 6 tahun, berbanding Dollar AS pada pertengahan March.

Stephen Poloz, Gabenor BOC mendakwa bahawa kekuatan Dollar Kanada baru-baru ini, adalah tanda pasaran yang optimis mengenai ekonomi negara itu.  Peralihan kepada prospek yang lebih cerah dalam ucapan Gabenor Bank of Canada pada April lalu, membantu melonjakkan “loonie” kepada kenaikan bulanan terbesar dalam masa enam tahun berbanding Dollar AS. Masalahnya pula ialah kadar pertukaran yang lebih lemah, adalah apa yang bank pusat negara itu perlukan untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat