USDCAD Analisa Fundamental Harian 7 Jul 2015

23

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-014

Dollar CAD terus memacu naik lebih 95 pips Isnin semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.2665 sebelum menutup sekitar paras 1.2650; setelah matawang ‘safe-haven’ Dollar terus mendapat permintaan pasca referendum Greece yang berakhir dengan keputusan “no” rakyat Greece yang menolak terma dan syarat ‘troika’ yang mahu langkah penjimatan dilaksanakan.

Di pasaran komoditi, harga minyak dan emas terus jatuh semalam dan kadar tukaran USD|CAD telah terhenti dan menurun balik selepas mencapai paras tertinggi dalam masa 11-minggu sekitar 1.2665 pada awal dagangan semalam; sekaligus melepasi resistance bulanan Jun sekitar 1,2562. Paras ini telah mengikuti pendakian curam sejak tiga hari yang lalu apabila Dollar AS mengukuh dan kejatuhan harga minyak mentah.

Minyak mentah gred Brent merosot di bawah AS $60 setong buat kali pertama sejak April, di tengah-tengah spekulasi bahawa undian “no” Greece daripada langkah-langkah penjimatan akan mendorong ia keluar dari Euro-Zone. Di pasaran hadapan, harga menurun sebanyak 1.6% di London, jatuh untuk dua hari berturut-turut.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat