USDCAD Analisa Fundamental Harian 7 Sep 2015

28

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-016

Dollar CAD kembali melonjak lebih 120 pips Jumaat lalu, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.3290 sebelum menutup sekitar paras 1.3275; setelah kadar pengangguran Kanada dilaporkan meningkat 7.0% berbanding 6.8% jangkaan dan pada masa yang sama, produktiviti negara jiran AS itu juga dilaporkan terus menurun kepada 0.6% berbanding 0.7% pada sebelumnya.

Walaupun data NFP Amerika Syarikat meleset dari jangkaan, kejatuhan terus menerus harga minyak dan emas telah mendorong lebih banyak permintaan untuk dolar AS berbanding dolar Kanada.  Minyak yang merupakan antara eksport terbesar Kanada banyak mempengaruhi nilai matawang negara tersebut, walaupun ia bukanlah anggota OPEC.

[adrotate group=”6″]

Walau bagaimanapun, data terbaru imbangan perdagangan Kanada menunjukkan defisit negara tersebut semakin berkurang untuk dua bulan berturut-turut pada Julai lalu, menurut Jabatan Statistik Kanada.  Angka defisit 0.6 bilion yang lebih baik dari jangkaan 1.4 bilion dan defisit 0.8 bilion sebelum ini, menunjukkan aktiviti ekonomi Kanada yang semakin meningkat.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat