USDCAD Analisa Fundamental Harian 8 Dec 2014

23

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-002

Kejatuhan harga minyak mentah yang merupakan antara eksport terbesar Kanada, pada paras terendah tahun ini, $63.70 setong, dan juga permintaan terhadap emas yang lemah menjadikan Dollar CAD didagangkan pada paras tertinggi tahun ini sekitar 1.1475 selepas data NFP Amerika Syarikat yang jauh lebih baik dari jangkaan.

“Net Change in Employment” Kanada juga yang jauh meleset dari jangkaan, -10.7K berbanding 5K, malah lebih teruk dari bulan lepas 43.1K terus menjadikan “loonie” tidak mendapat permintaan yang sewajarnya.  Tambahan pula, kadar pengganguran yang meningkat 0.1% dari bulan lepas menunjukan ekonomi Kanada yang semakin melemah.

Hari ini dengan ketiadaan data berimpak tinggi dari Amerika Syarikat, permintaan untuk “loonie” mungkin stabil dengan data “Housing Starts” Kanada yang dijangkakan meningkat kepada 200K berbanding 183.6K bulan lepas.  Apapun, pasaran akan lebih memberikan tumpuan kepada data “Building Permits” samada ianya akan lebih baik atau teruk dari 12.7% pada bulan lepas.

[kml_flashembed publishmethod=”dynamic” fversion=”8.0.0″ movie=”https://intraday.my/wp-content/uploads/2014/12/Brand-June-2013-malaysia-468×60.swf” width=”468″ height=”60″ targetclass=”flashmovie” play=”true” loop=”true”]

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat