USDCAD Analisa Fundamental Harian 8 Feb 2016

33

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-006

Dollar CAD melonjak lebih 200 pips Jumaat lalu, untuk ke paras tertinggi harian sekitar C$1.3920 sebelum menutup sekitar paras C$1.3915; setelah laporan data pekerjaan AS didapati lebih baik dari data pekerjaan Kanada.  Walaupun angka NFP pada 151 ribu adalah lebih rendah daripada 189 jangkaan dan 262 ribu pada sebelumnya, kadar pengangguran pada 4.9% lebih rendah dari 5% pada sebelumnya, adalah lebih baik dari jangkaan.  Pada masa yang sama, pertumbuhan upah yang naik kepada 0.5%, adalah lebih baik dari jangkaan 0.3% dan sifar pada sebelumnya.

Di pasaran Kanada pula, 5,700 pekerja dilaporkan hilang pekerjaan berbanding pertambahan sebanyak 5,200.  Angka ini jelas jauh meleset dari pertambahan pekerjaan sebanyak 22,800 pada sebelumnya. Kadar pengangguran pula dilaporkan meningkat kepada 7.2% daripada 7.1% pada bulan sebelumnya. Pada masa yang sama, harga minyak mentah yang tidak menentu dipasaran komoditi menyebabkan Loonie kehilangan sokongan belian.

[adrotate group=”6″]

Hari ini Kanada bakal melaporkan angka permit bangunan untuk dibina, yang dijangka meningkat sebanyak 5% berbanding kejatuhan 19.6% pada bulan sebelumnya.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari AS hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat