USDCAD Analisa Fundamental Harian 8 Jul 2015

49

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-013

Dollar CAD meneruskan pacuan dengan kenaikan lebih 125 pips Selasa semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.2780 sebelum menutup sekitar paras 1.2705; setelah Dollar terus mendapat permintaan ‘safe-haven’ dan juga menjelang minit mesyuarat FOMC Federal Reserve awal pagi Khamis esok. Minyak mentah jatuh ke paras terendah bulan ini pada Isnin manakala harga emas kembali lemah.

Jika Greece meninggalkan Euro dan pasaran kewangan turun naik mendadak, Feds mungkin akan menolak kembali masa kenaikan “interest rate”, yang boleh menyokong harga emas. Tambahan pula, pasaran ekuiti China telah terus merosot sebanyak lebih 20% walaupun langkah-langkah pelonggaran kewangan kerajaan dan perubahan dalam kaedah-kaedah pembiayaan margin. Oleh kerana harga saham China merosot, permintaan untuk emas dijangka meningkat lagi; sekaligus memacu naik nilai matawang berasaskan komoditi seperti “loonie”.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat