USDCAD Analisa Fundamental Harian 9 Apr 2015

51

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-006

Dollar CAD yang menyusut lebih 120 pips Rabu semalam, sepanjang sesi Asia dan Eropah untuk mencapai paras terendah sekitar 1.2385; kembali melonjak naik selepas minit mesyuarat FOMC disiarkan sebelum menutup pada paras 1.2540, sekaligus meletakkan kadar tukaran USD|CAD di atas pivot hari ini, sekitar 1.2495 ketika artikel ini ditulis.  Kini Dollar CAD sedang berdepan dengan resistance di pivot mingguan, sekitar 1.2565

Sehubungan dengan itu, di pasaran komoditi minyak mentah jatuh harga lebih $25 sebelum menutup pada paras $50.95 setong Rabu semalam.  Keadaan ini sekaligus membentuk ‘bearish engulfing candle’ walaupun ‘double bottom chart pattern’ juga dapat dilihat dengan jelas di carta harian, dengan sokongan ‘uptrendline’ sekitar $50.00/20 di carta 4 jam.  Kanada yang telah melabur sejak 10 tahun lalu dalam industri minyak dan gas, amat terkesan dengan naik turun harga emas hitam ini.

Hari ini Kanada bakal melaporkan data ‘building permits’ yang dijangka bertambah baik dari -12.9% kepada 5% dan Amerika Syarikat pula bakal melaporkan “unemployment claims” yang dijangka meningkat dari 268 ribu kepada 285 ribu pemohon.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat