USDCAD Analisa Fundamental Harian 9 Dec 2014

35

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-003Dollar CAD terus memacu keparas tertinggi tahun ini untuk didagangkan sekitar 1.1485 pada Isnin sesi penutupan London apabila minyak mentah terus jatuh ke paras terendah tahun ini sekitar $62.75 setong.  Walaupun emas kembali menguat selepas data “Labor Market Conditions Index” Amerika Syarikat menyarankan Dollar yang sedikit lemah, ini tidak menghalang para pelabur dan pengurus dana untuk terus membida kadar tukaran USD|CAD keparas tertinggi tahun ini.

Data “Building Permits” Kanada berimpak tinggi sebelum itu yang menunjukkan penurunan yang amat ketara dari 12.5% bulan lepas kepada 0.7% bulan ini, tambah mengecewakan para pelabur untuk terus memegang “loonie”.  Pasaran yang sangat memberikan tumpuan kepada kenaikan “interest rate” dari Federal Reserve Amerika Syarikat seawal tahun depan, menyebabkan lain-lain matawang termasuk “loonie” terus melemah berbanding “greenback”.

Hari ini, dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Kanada dan hanya “wholesale inventories” dari Amerika Syarikat yang dijangka kekal pada 0.3%; pasaran dijangka terus membida USD|CAD keparas yang lebih tinggi seawal sesi Asia.

Anda mempunyai Instagram ? Follow saya di @MoshedFX

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat