USDCAD Analisa Fundamental Harian 9 Nov 2015

35

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-006

Dollar CAD melonjak lebih 155 pips Jumaat lalu, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.3315 sebelum menutup sekitar paras 1.3300; setelah Dollar AS terus mendapat permintaan apabila laporan pekerjaan AS keluar memberansangkan, dengan sektor bukan perladangan (NFP) menambah 271 ribu pekerjaan berbanding 181 ribu jangkaan dan 137 ribu pada sebelumnya.  Pendapatan purata sejam juga meningkat dari 0% kepada 0.4%, berbanding 0.2% jangkaan.  Kadar pengangguran pula kekal pada 5%.

Di pasaram komoditi, emas jatuh ke paras terendah dalam beberapa bulan dan minyak mentah bertahan selepas daripada kenaikan baru-baru ini.  Pasaran niaga hadapan minyak mengharungi ketidaktentuan selepas dibelenggu kebimbangan lebihan bekalan yang datang dari Iran dan Iraq; hampir sehari selepas Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat melaporkan inventori minyak mentah komersial meningkat sebanyak 2.8 juta tong pada minggu terakhir Oktober, kepada 482.8 juta tong.

[adrotate group=”6″]

Data tersebut menunjukkan kenaikan minggu keenam berturut-turut, manakala import minyak mentah AS jatuh ke tahap paling rendah dalam hampir 25 tahun. Walau bagaimanapun, perbualan dalam bidang komoditi dikuasai oleh pasaran logam asas, di mana kontrak niaga hadapan tembaga semakin merosot dalam menghadapi Dollar yang lebih kukuh; sekaligus mengheret banyak logam berharga lain ke paras yang lebih rendah.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat