Usd/Cad Berjaya Menembusi Major Trenline Dengan Kejatuhan 160 Pip Pada Khamis

37

Usd/Cad berhadapan dengan tekanan sejak sidang media Trump sehingga jatuh di bawah trendline seperti gambar rajah di bawah. Walaubagaimanapun, kejatuhan di bawah trenline ini tidak begitu kukuh sehinggalah ia meneruskan penurunan pada awal sesi Asia yang lebih jelas jika dilihat dalam time-frame Daily.

Dalam sesi Khamis sahaja pasangan matawang ini jatuh 160 pip sehingga hampir mencapai major Support di 1.3000 yang juga merupakan big round number (BRN). Paras ini dikenali sebagai support yang kuat dan sukar untuk ditembusi.

Dalam sesi tersebut harga mencapai paras terendah 1.3028 sebelum membuat pullback dan ditutup pada harga 1.3145 pada sesi Khamis.

Trenline seperti gambar rajah di bawah menghubungkan paras terendah bulan Mei 2016 dengan paras terendah pada bulan Ogos tahun sama. Beberapa kali harga mencecah trenline ini seperti yang dapat dilihat pada bulan September dan Disember 2016, tetapi gagal ditembusi dan menyebabkan Usd/Cad naik tinggi selepas itu.

Harga yang berjaya menembusi trenline ini memberikan potensi kepada penurunan Usd/Cad. Walaubagaimanapun, kita memerlukan beberapa pengesahan dari pergerakan harga, sebelum mengambil keputusan untuk menjual pair ini. Hal ini disebabkan candle Daily sesi Khamis yang telah membentuk bullish pinbar.

Dalam pembukaan sesi New York sebentar tadi Usd/Cad melemah dan mendapat momentum kenaikan selepas data positif jualan runcit US pukul 9.30 malam tadi.

 

Usd/Cad time-frame Daily
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat