USD/CAD didagang Menguat Berikutan Data NFP Sebentar Tadi!

35

USD menambah keuntungan berganda berbanding Dollar Kanada selepas pengumuman data pekerjaan yang agak bercampur-campur. Harga minyak yang lebih tinggi juga memberi sokongan buat matawang Kanada.

USD/CAD dinilai pada 1.3037 pada awal perdagangan sesi New York dengan peningkatan sehingga 0.80 peratus.

Sebelum ini, Jabatan Buruh AS melaporkan bahawa ekonomi menambah 227,000 pekerjaan pada bulan Januari, melebihi jangkaan peningkatan sebanyak 175,000.

Bagaimanapun, angka pengangguran bertambah kepada 4.8 peratus pada bulan Januari sedangkan penganalisis meramalkan tidak akan ada perubahan pada data ini.

Dalam laporan itu juga, purata pendapatan setiap jam meningkat.

Sentimen terhadap matawang AS masih berada di bawah tekanan bagi beberapa minggu kebelakangan ini kerana berikutan beberapa perubahan dasar oleh Trump dan pengharaman imigresen telah menyebabkan ketidaktentuan di dalam pasaran global.

Sementara itu, dolar Kanada terus disokong oleh harga minyak yang kukuh kerana ancaman sekatan baru ke atas Iran oleh pentadbiran AS, sekali gus mendorong kebimbangan terhadap ketegangan geopolitik bagi kedua-dua negara.

Data NFP Bercampur-Campur, Eur/Usd ‘Spiked’ Kebawah Sebelum Menguat

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat