Kenapa USD/CAD Teruskan Junaman? Ini Faktor Anda Perlu Tahu!

66

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kekuatan CAD kebelakangan ini. Antaranya adalah :

  1. Prestasi ekonomi Canada suku tahun kedua semakin baik.
  2. Harga minyak mentah kembali ke $48-50/barrel.
  3. Kadar pengangguran menurun sebanyak 0.2%.

Faktor pengganguran menurun sekaligus menyebabkan pasangan matawang USD/CAD menurun hampir 100 pips ke sekitar 1.26593 dan kembali ke 1.26901.

Labour Force Survey (LFS) melaporkan kadar pengangguran menurun sebanyak 0.2% daripada 7.1% menjadi 6.9%, kadar terendah sejak Julai 2015. Manakala kadar pekerjaan meningkat dengan mengejut iaitu daripada 3.1K kepada 13.8K. Ini menunjukkan ekonomi Canada dalam keadaan baik.

Menurut Perdana Menteri Canada, Justin Trudau, apa yang merisaukan adalah harga rumah di Toronto dan Vancouver.

Antara punca peningkatan harga rumah ini adalah disebabkan pelabur-pelabur asing semakin meningkat dan menyebabkan persaingan meningkat.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat