USDJPY Analisa Fundamental Harian 1 Dec 2015

32

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-001

Dollar Yen terus memacu naik Isnin semalam, lebih 60 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar 123.35 sebelum menutup sekitar paras 123.10; setelah Gabenor Bank of Japan Haruhiko Kudora berucap pagi semalam dan jualan runcit Jepun melonjak melebihi jangkaan, manakala pengeluaran perindustrian pula terus jatuh. Gabenor BoJ Haruhiko Kuroda memberitahu pemimpin-pemimpin perniagaan semalam, bahawa Bank Pusat Jepun tidak akan teragak-agak untuk melonggarkan lagi dasar kewangan untuk mencapai matlamat inflasi 2% secepat mungkin, dan pergerakan Yen yang stabil adalah wajar.

Data ekonomi Jepun yang dikeluarkan awal Isnin semalam adalah meyakinkan, berbeza dengan data harga dan perbelanjaan yang lemah pada minggu lepas. Pengeluaran industri Jepun bagi Oktober dilaporkan pada 1.4%, berbanding jangkaan 1.9%, dan jualan runcit meningkat 1.8% lebih cepat daripada jangkaan sebanyak 0.8%.

[adrotate group=”6″]

Di pasaran Amerika Syarikat, Federal Reserve AS disebut-sebut untuk kenaikan kadar ketika mesyuarat dasar pada pertengahan Disember nanti, walaupun Pengerusi Feds Janet Yellen boleh menggunakan ucapan pada hari Rabu ini untuk mengemudi arah pasaran ke arah yang beliau kehendaki.  Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan ISM PMI Pembuatan yang dijangka meningkat dari 50.1 kepada 50.6.  Tiada sebarang laporan ekonomi berimpak tinggi dari Jepun hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat