USDJPY Analisa Fundamental Harian 1 Jun 2015

32

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-011

Dollar Yen menokok sekitar 50 pips Jumaat lalu, dari paras terendah sekitar 123.60 ke setinggi 124.20 sebelum menutup sekitar paras 124.10; selepas laporan perbelanjaan isirumah tahunan Jepun keluar mengecewakan, -1.3% berbanding 3.1% jangkaan, walaupun lebih baik dari -10.6% pada sebelumnya. Inflasi teras tahunan memenuhi jangkaan 0.2%, walaupun susut dari 0.4% pada sebelumnya.

Ketua-ketua kewangan Jepun dan Amerika Syarikat bersetuju bahawa, pergerakan ganas dalam turun naik pasaran pertukaran asing, adalah tidak diingini di tengah-tengah kejatuhan nilai Yen berbanding dolar AS kepada paras terendah dalam 12 1/2 tahun baru-baru ini.  Menteri Kewangan Jepun Taro Aso, berkata kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Perbendaharaan AS Jack Lew, bahawa mereka mengesahkan perjanjian bersama antara negara-negara G7 yang memandang malap, terhadap mana-mana pergerakan ganas dalam pasaran pertukaran asing.

“Kami menganggap susutnilai Yen bergerak ganas baru-baru ini,” kata Aso, merujuk kepada kejatuhan nilai Yen berbanding Dollar AS kepada paras Disember 2002. “Kami akan terus memantau dengan teliti pergerakan pasaran.” Dollar AS meningkat kepada paras tertinggi dalam 12 1/2 tahun sekitar ¥124.20 Khamis pagi di Tokyo, sebelum mencapai ¥ 124.45 di New York untuk pertama kalinya dalam hampir lapan tahun, selepas jangkaan berterusan bahawa Federal Reserve Amerika Syarikat akan menaikkan “interest rate” pada akhir tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat