USDJPY Analisa Fundamental Harian 1 Sep 2015

40

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-010

Dollar Yen susut lebih 75 pips Isnin semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 120.85 sebelum menutup sekitar paras 121.20; setelah dolar AS lemah pada sesi pagi Tokyo apabila para pedagang bersedia untuk bulan baru. Para pedagang mengenepikan data yang dikeluarkan pada hari Jumaat yang agak bercampur-campur, tetapi jualan runcit Jepun dilaporkan bertambah baik.

Indeks dolar AS, yang mengukur kekuatan dolar AS berbanding sekumpulan mata wang utama, mencecah paras tertinggi dalam lapan hari selepas naib pengerusi Federal Reserve AS Stanley Fischer, pada sidang bank pusat di Jackson Hole, Wyoming, hujung minggu lalu mengatakan bahawa, Feds kekal di landasan yang betul untuk kenaikan kadar pada tahun ini dan “pintu masih terbuka” untuk kenaikan pada September.

[adrotate group=”6″]

Petunjuk ekonomi China yang lebih buruk daripada jangkaan, dikeluarkan lewat minggu sebelumnya telah mencetuskan kejatuhan global pada awal minggu. Purata Indeks Nikkei jatuh di bawah 18,000 buat kali pertama dalam tempoh enam bulan pada hari Selasa, melanjutkan coretan kejatuhan untuk hari yang keenam, yang paling lama sejak Perdana Menteri Shinzo Abe kembali memerintah dengan pakej dasar pemulihan semula yang dikenali sebagai “Abenomics.”

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat