USDJPY Analisa Fundamental Harian 10 Dis 2015

42

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-008

Dollar Yen merudum lebih 190 pips Rabu semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar 121.05 sebelum menutup sekitar paras 121.45; setelah pesanan barangan mesin Jepun dilaporkan jauh lebih baik dari jangkaan.  Pesanan untuk Oktober lalu dilaporkan meningkat 10.7% berbanding 7.5% pada September, walaupun pasaran menjangkakan ianya akan jatuh sebanyak 1.5%.  Dalam pada itu, sentimen pasaran yang menjangkakan tiada sebarang ransangan tambahan dari BoJ dalam masa terdekat, juga mengukuhkan Yen.

Pada masa yang sama, kerajaan Jepun sedang mengkaji untuk mengurangkan separuh daripada kadar cukai untuk aset tetap bagi jentera dan aset susut nilai lain untuk syarikat-syarikat kecil di bawah syarat-syarat tertentu. Ia akan memberi kesan kepada mesin dan peralatan baru yang diperolehi oleh syarikat-syarikat kecil, dengan jumlah penjimatan cukai yang mungkin menghampiri ¥20 bilion.

[adrotate group=”6″]

Langkah ini akan dimasukkan ke dalam pembaharuan sistem cukai bagi tahun fiskal 2016 dan ianya dijangka akan meningkatkan keuntungan syarikat. Kerajaan dan gabungan itu, yang diketuai oleh Parti Demokratik Liberal, berharap ia akan membantu meningkatkan perbelanjaan modal syarikat-syarikat kecil dan memulihkan semula ekonomi tempatan. Pemotongan cukai akan diperkenalkan pada tahun fiskal yang bermula seawal April tahun depan.

Hari ini Amerika Syarikat akan melaporkan tuntutan pengangguran yang dijangka menurun dari 269 ribu kepada 266 ribu pemohon, serta harga import yang dijangka terus jatuh dari -0.5% kepada -0.8%; manakala Jepun pula telah melaporkan Indeks pembuatan yang jauh meleset dari jangkaan, 3.8 mata berbanding 12.1 mata, dan 11 mata pada sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat