USDJPY Analisa Fundamental Harian 10 Mac 2016

42

Dollar Yen melonjak lebih 120 pips Rabu semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar ¥113.45 sebelum menutup sekitar paras ¥113.35; setelah Dollar mendapat permintaan terkesan dari harga komoditi yang kembali pulih. Selain antara matawang ‘safe-haven’ disamping Yen dan SwissFrancs, Dollar juga merupakan matawang transaksi kerana kebanyakan harga komoditi dunia di sebutharga dalam Dollar.

Sebelum daripada itu, Yen terus menerus mendapat permintaan apabila kebimbangan terhadap ekonomi China membantu mengukuhkan Yen selepas negara itu melaporkan data eksport yang lebih lemah daripada jangkaan. Kekuatan Yen membimbangkan pengeksport Jepun. Ini mungkin berterusan sehingga Feds AS menaikkan kadar dan pelabur mengagihkan semula risiko. Kerana kekuatan dalam Yen, pelabur juga perlu sedar kemungkinan campur tangan oleh Bank of Japan.

[adrotate group=”6″]

Selain laporan eksport yang lemah dari China dan pengambilan untung dalam pasaran ekuiti AS, pelabur Yen juga terpaksa berhadapan dengan kejatuhan mendadak harga minyak mentah selepas Institut Petroleum Amerika melaporkan stok simpanan minyak mentah AS telah mencapai rekod tertinggi pada minggu sebelumnya.  Hari ini AS bakal melaporkan tuntutan pengangguran yang dijangka menurun dari 278 ribu kepada 272 ribu pemohon.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Jepun hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat