USDJPY Analisa Fundamental Harian 11 Jan 2016

34

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-005

Dollar Yen yang memacu naik lebih 125 pips sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah Jumaat lalu, untuk ke paras tertinggi harian sekitar ¥118.75, merudum semula lebih 150 pips untuk ke paras terendah harian sekitar ¥117.20 sebelum menutup sekitar paras ¥117.25; setelah kebimbangan pasaran terhadap risiko kelembapan ekonomi global dan geopolitik menyebabkan data NFP AS yang lebih baik diketepikan. Yen terus mendapat permintaan walaupun selepas laporan NFP AS yang memberansangkan.

Di pasaran AS, Jabatan Statistik Buruh dalam laporan pekerjaan kebangsaan untuk bulan Disember melaporkan bahawa pekerja sektor bukan perladangan melonjak 292 ribu pada bulan lalu, jauh melebihi jangkaan untuk pertambahan sebanyak 203 ribu pekerja. Jabatan Buruh juga menyemak semula angka sebelum ini dari 211 ribu kepada 252 ribu. Sebelum kenaikan kadar yang bersejarah pada bulan lepas oleh Federal Reserve AS, Pengerusi Janet Yellen menunjukkan bahawa kenaikan sebanyak 100 ribu sebulan pada tahun 2016 akan mencukupi untuk menunjukkan bahawa keadaan pasaran pekerjaan AS telah stabil.

[adrotate group=”6″]

Dalam laporan itu, pekerjaan dalam kategori Perkhidmatan Perniagaan Profesional meningkat sebanyak 73 ribu, menyediakan penunjuk utama untuk pengambilan pekerja akan datang. Sektor pembinaan juga menambah 45 ribu pekerjaan, walaupun di tengah-tengah suhu musim panas. Di samping itu, pertambahan mendadak sebanyak 34 ribu dalam kerja sementara memberikan Jabatan Buruh AS keyakinan untuk penurunan yang lebih besar dalam pengangguran di masa akan datang. Kadar pengangguran kekal tidak berubah pada 5.0%, sejajar dengan anggaran konsensus.

Namun, terdapat beberapa perkara yang membimbangkan dalam laporan tersebut. Bulan lalu, purata pendapatan setiap jam tidak berubah, jatuh di bawah anggaran konsensus untuk peningkatan sebanyak 0.2%. Kadar Penyertaan Tenaga Buruh juga meningkat sederhana sebanyak 0.1% kepada 62.6%. Sebarang kenaikan kadar pada tahun ini dilihat sebagai kenaikan nilai untuk Dollar, apabila pelabur asing berkumpul ke dalam mata wang Amerika, untuk mengambil kesempatan daripada pulangan kadar yang lebih tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat