USDJPY Analisa Fundamental Harian 11 Mar 2015

35

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-017

Dollar Yen yang meningkat lebih 80 pips pada sesi Asia, menjunam lebih 100 pips untuk mencapai paras terendah sekitar 120.92 sebaik sahaja pasaran New York dibuka Selasa semalam; ekoran kegiatan mengambil untung.  Kadar tukaran USD|JPY mencecah 122 Yen bagi setiap Dollar hari ini, sekaligus meningkatkan kuasa Dollar untuk membeli aset-asset dalam Negara matahari terbit itu.  Kali terakhir nilai tersebut dicapai adalah pada July 2007.

Pasaran Amerika Syarikat ketika ini, amat menanti-nanti kenaikan “interest rate” yang telah berada pada paras terendah 0.25% semenjak 2008 lagi.  Menurut Toshihiko Matsuno, Ketua Strategi di SMBC Friend Securities di Tokyo; ekonomi AS sedang berada dilandasan yang betul dan para pelabur akan terus menjangka kenaikan “interest rate” sehingga mesyuarat FOMC minggu depan.  Ini bermaksud Yen akan terus melemah berbanding Dollar.

Hari ini Jepun bakal melaporkan data “machinery orders” yang dijangka meleset dibawah sifar dan Amerika Syarikat pula bakal melaporkan “mortgage applications” dan stok minyak yang dijangka mengurang.  Pasaran dilihat akan terus memihak kepada Dollar, melainkan terdapat sebarang kejutan pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat