USDJPY Analisa Fundamental Harian 11 Nov 2015

30

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-007

Dollar Yen berada dalam dagangan ‘sideway’ untuk hari kedua Selasa semalam, dengan pergerakan sekitar 45 pips dari paras tertinggi harian sekitar 123.45 ke serendah 123.00, sebelum menutup lebih rendah dari pembukaan; setelah indeks Nikkei Jepun melonjak 2%, menambah kepada rentak kenaikan selama tiga hari yang telah melihat ia mencecah paras dua bulan tertinggi, di tengah-tengah Yen yang lemah.

Di pasaran Jepun, lebihan akaun semasa Jepun jauh lebih lemah daripada yang dijangkakan pada bulan September, kerana keuntungan daripada pelaburan di luar negara berkurangan. Akaun semasa – ukuran luas perdagangan termasuk aliran kewangan – menghasilkan lebihan hanya ¥1.468 trilion ($11.9 bilion) pada bulan September, turun 11% daripada bulan sebelumnya. Ahli ekonomi telah menjangkakan lebihan sebanyak 30% kepada ¥2.235 trilion – yang akan menjadi yang paling tinggi sejak Mac. Sebaliknya, lebihan susut kepada yang paling rendah sejak Jun.

[adrotate group=”6″]

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, lebihan telah didorong oleh “pendapatan utama” – penerimaan dan pembayaran ke atas pelaburan langsung, pelaburan portfolio dan lain-lain; yang telah disokong oleh yen yang lemah.  Tiada laporan berimpak tinggi dari kedua-dua negara hari ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat