USDJPY Analisa Fundamental Harian 11 Sep 2015

28

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-020

Dollar Yen terus memacu naik lebih 130 pips Khamis semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 121.30 sebelum menutup sekitar paras 120.60; walaupun komen daripada Gabenor Bank of Japan Haruhiko Kuroda berkata kerajaan akan terus dengan program ransangan ekonomi semasa sehingga inflasi stabil pada 2%. Beliau berkata inflasi mungkin tidak sampai ke tahap itu sehingga sekitar musim luruh tahun depan, bergantung kepada harga minyak.

Di China, pasaran saham lebih rendah walaupun terdapat tanda-tanda bahawa kerajaan mahu meningkatkan rangsangan fiskal. Kementerian Kewangan China pada awal minggu ini, berkata bahawa negara ini akan melancarkan dasar fiskal yang lebih kukuh bagi merangsang pertumbuhan ekonomi, yang dikatakan sedang menghadapi tekanan.

[adrotate group=”6″]

Di pasaran AS, hujah-hujah untuk kenaikan kadar pada September sedang disokong oleh angka pertumbuhan dalam negeri yang kukuh – dengan ekonomi AS berkembang 3.7% pada suku kedua – dan keyakinan tentang pasaran pekerjaan yang semakin kukuh selepas tuntutan bantuan pengangguran dilaporkan lebih baik dari jangkaan dan sebelumnya.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat