USDJPY Analisa Fundamental Harian 12 Aug 2015

30

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-019

Dollar Yen terus memacu lebih 65 pips Selasa semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 125.20 sebelum menutup sekitar paras 125.10; setelah keyakinan pengguna jatuh pada bulan Julai kepada yang paling rendah dalam tempoh enam bulan, meningkatkan risiko kelemahan dalam perbelanjaan yang boleh menjejaskan ekonomi Jepun pada suku ini.

Pegawai-pegawai BoJ menilai kekuatan pemulihan ekonomi daripada anggaran kemelesetan pada suku lepas. Sentimen pengguna yang semakin teruk boleh melembapkan penggunaan domestik, yang telah gagal untuk pulih sepenuhnya daripada kenaikan cukai kepenggunaan pada tahun lepas.

Gabenor BoJ Haruhiko Kuroda berkata pada 15 Julai lalu bahawa dia tidak berfikir sama sekali bahawa kelemahan suku lepas akan diteruskan. Minggu lepas, setelah bank pusat mengekalkan dasar rangsangan monetari tidak berubah, beliau berkata beliau perlu melihat data yang kukuh untuk menentukan kekuatan perbelanjaan pengguna pada bulan Julai.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat