USDJPY Analisa Fundamental Harian 12 Feb 2016

36

Dollar Yen terus merudum untuk hari kesembilan Khamis semalam, lebih 250 pips untuk ke paras terendah harian sekitar ¥110.95, sebelum mendapat bidaan dan menutup lebih tinggi sekitar paras ¥112.40; setelah pasaran Jepun masih ditutup untuk cuti umum, dan para trader meneruskan pembelian aset ‘safe-haven’. Dollar mencecah paras 15 bulan terendah berbanding Yen, selepas komen daripada Pengerusi Federal Reserve AS Janet Yellen, memberikan pelabur sebab untuk percaya bahawa kenaikan kadar seterusnya tidak akan datang dalam masa terdekat.

Di pasaran AS semalam, pelabur mulanya membeli Dollar selepas testimoni Yellen. Namun, pada akhir sesi New York, mereka sedar bahawa kemungkinan Feds tidak akan menaikkan kadar pada bulan depan. Keadaan ini sekaligus, memberikan pelabur lampu hijau untuk meneruskan tema dagangan semasa – membeli ‘safe-haven’ Yen. Akibatnya, Dollar merosot di bawah ¥113.00 buat kali pertama sejak November 2014, dan mencecah paras terendah dalam masa 15 bulan.

[adrotate group=”6″]

Hari ini AS bakal melaporkan data jualan runcit yang dijangka bertambah baik dari -0.1% kepada 0.1% dan sentimen pengguna yang dijangka bertambah baik dari 92 mata kepada 92.6 mata.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Jepun hari ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat