Dollar Yen menyusut lebih 90 pips dari paras tertinggi harian, sekitar 121.67, Khamis semalam sebelum menutup pada 121.27; selepas data “retail sales” Amerika Syarikat keluar mengecewakan, -0.6% berbanding 0.3% jangkaan. Ketika artikel ini ditulis, nilai tukaran USD|JPY sedang berada diatas pivot harian – sekitar 121.20 – dan sedang berdepan dengan resistance mingguan dan harian – sekitar 121.60/65 Pivot mingguan adalah – sekitar 120.50
Jualan runcit yang jatuh 0.6% selepas jatuh sebanyak 0.8% pada Januari, dikatakan berpunca dari cuaca sejuk yang buruk bulan lepas. Inilah kali pertama sejak 2012, jualan runcit AS jatuh 3 bulan berturut-turut. Walau bagaimanapun “unemployment claims” AS adalah baik, dengan pemohon bantuan pengangguran yang berkurang kepada 289 ribu berbanding 305 ribu jangkaan dan 325 ribu sebelum ini.
Di Jepun, “consumer confidence index” dilaporkan bertambah baik, pada 40.7 berbanding 39.1 pada sebelum ini. Hari ini Jepun bakal melaporkan “industrial production” dan Amerika Syarikat pula bakal melaporkan “consumer sentiment index” yang dijangka meningkat dari 95.4 kepada 95.5 serta “producer price index” yang dijangka stabil tanpa sebarang perubahan. Pasaran dijangka dalam dagangan berhati-hati.