USDJPY Analisa Fundamental Harian 15 Apr 2015

47

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-011

Dollar Yen menyusut lebih 100 pips Selasa semalam, dari paras tertinggi sekitar 120.15 sebelum menutup pada paras 119.40 apabila Yen mula menguat selepas mesyuarat Bank of Japan minggu lalu dan penyiaran minit pada hari Isnin. Gabenor Bank of Japan Kuroda, seolah-olah menunjukkan bahawa kadar inflasi yang rendah adalah tidak serius buat masa ini, kerana ia adalah didorong oleh kejatuhan tenaga minyak.

Bank of Japan menaikkan penilaian ekonomi bagi tiga daripada sembilan wilayah Jepun dalam laporan suku tahunan pada hari Isnin, sekaligus memberi isyarat bahawa program rangsangan ekonominya telah mula menampakkan kesan.  Bank pusat itu terus mengekalkan penilaian optimis untuk baki enam kawasan, dengan menekankan bahawa permintaan yang kukuh di dalam dan luar Jepun akan menyokong pengeluaran dan pasaran kerja.

“Semua wilayah berkata ekonomi mereka sedang memulih atau pulih tapi sederhana,” kata BOJ dalam laporan itu, yang dikeluarkan pada mesyuarat suku tahunan pengurus cawangan serantau bank itu.  Ia adalah bulan keenam berturut-turut dimana BoJ menggunakan perkataan “pulih” dalam penilaian untuk semua rantau, sekaligus memperkukuh keyakinan ke atas prospek ekonomi keempat terbesar di dunia itu.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat