USDJPY Analisa Fundamental Harian 15 Jul 2015

45

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-002

Dollar Yen berada dalam dagangan ‘ranging’ Selasa semalam, dengan pergerakan sekitar 80 pips dari paras tertinggi harian sekitar 123.70 ke serendah 122.90; selepas pasaran mula lega dari dagangan ‘risk-off’ sebelum krisis Grexit mula menekan pasaran semula.  Para pedagang dijangka memantau kenyataan Bank of Japan dan sidang akhbarnya minggu ini.

Pengeluaran industri Jepun jatuh selepas pelarasan musim kepada 2.1% pada Mei berbanding bulan sebelumnya, disemak naik sedikit dari penurunana awal sebanyak 2.2%, menurut Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun. Indeks pengeluaran di kilang-kilang dan lombong berada pada 97.2.  Dollar mengukuh berbanding Yen dan Euro pada hari Selasa semalam, selepas Greece akhirnya bersetuju untuk perjanjian baru dengan pemiutangnya dan tumpuan pasaran beralih kembali ke arah perbezaan pulangan bon Amerika Syarikat dan Eropah.

Mata wang Amerika itu menunjukkan prestasi yang baik berbanding Yen sejak 3 hari lalu, apabila permintaan untuk ‘safe-haven’ Yen berkurangan ekoran krisis Greece untuk keluar dari Euro seolah-olah telah dapat dielakkan.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat