USDJPY Analisa Fundamental Harian 16 Dec 2014

26

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-008Dollar Yen terus didagangkan dalam suasana “ranging” setinggi 119.05 ke serendah 117.77 pada Isnin semalam, pasca pilihanraya umum Jepun Ahad lalu.  Data ekonomi Jepun, “tankan large manufacturing outlook” yang keluar meleset dari jangkaan, 9.00 berbanding 14.00, membantutkan permintaan untuk Yen.  Minggu lepas, Yen menguat ke paras tertinggi dalam tempoh 16 bulan berbanding Dollar selepas para pelabur mulai gusar dengan kejatuhan teruk harga minyak mentah dan suasana geo-politik yang tidak menentu di Greece.

Dengan 2014 yang bakal berakhir dalam beberapa minggu lagi, para pelabur dilihat mula mengambil untung dan amat berhati-hati dalam membuat percaturan dagangan mereka.  Fokus minggu ini adalah pada mesyuarat FOMC Khamis ini yang bakal menyaksikan kenyataan lanjut Federal Reserve Amerika Syarikat tentang kenaikan “interest rate”.  Diskusi akan berkisar sama ada Feds akan menggugurkan kenyataan “mengekalkan interest rate pada kadar rendah buat beberapa waktu lagi” atau tetap dengan kenyataan tersebut.

Hari ini, dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Jepun dan hanya data berimpak tinggi “building permits” dari Amerika Syarikat yang dijangka buruk dari bulan lepas, 1.06 juta berbanding 1.08 juta; Dollar Yen dijangka terus “ranging” melainkan terdapat sebarang kejutan pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat