USDJPY Analisa Fundamental Harian 16 Nov 2015

31

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-009

Dollar Yen yang melonjak lebih 55 pips Jumaat lalu, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 123.00, susut semula lebih 35 pips sebelum menutup sekitar paras 122.60; setelah pasaran menjangkakan laporan jualan runcit, harga pengeluar serta sentimen pengguna AS yang lebih baik dari jangkaan, namun dikecewakan apabila data yang dilaporkan meleset dari jangkaan. Hanya sentimen pengguna AS sahaja yang dilaporkan lebih baik dari jangkaan.

Jualan runcit bulanan AS meningkat hanya 0.1% pada Oktober berbanding jangkaan 0.3%, manakala jualan runcit teras meningkat 0.2% berbanding jangkaan 0.4% dan -0.4% pada bulan September.  Harga pengeluar Oktober baik sedikit dari bulan September, -0.4% berbanding -0.5%, walaupun jauh meleset dari jangkaan 0.2%.  Walau bagaimanapun, sentimen pengguna menurut bancian Universiti Michigan, meningkat 93.1 berbanding 91.3 jangkaan dan 90 pada bulan sebelumnya.

[adrotate group=”6″]

Di pasaran Jepun, pesanan jentera sektor swasta teras naik selepas pelarasan bermusim sebanyak 7.5% pada September untuk kenaikan pertama dalam tempoh empat bulan, yang diketuai oleh peningkatan tempahan daripada sektor bukan perkilangan, menurut laporan kerajaan Jepun. Nilai pesanan, secara meluas dianggap sebagai penunjuk utama pertumbuhan masa depan. Indeks utama bagi ekonomi Jepun meleset pada bulan September, menurut Lembaga Persidangan BoJ, jatuh 0.8% berikutan peningkatan 0.1% pada bulan Ogos.

Hari ini Jepun bakal melaporkan GDP suku ketiga yang dijangka bertambah baik dari -0.3% kepada kepada -0.1%; manakala Amerika Syarikat pula bakal melaporkan indeks perkilangan Empire State yang dijangka bertambah baik dari -11.4 kepada -5.3.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat