USDJPY Analisa Fundamental Harian 17 Dec 2014

33

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-009Dollar Yen menyusut lebih 200 mata sejak awal sesi Asia pada Isnin semalam hingga mencapai paras terendah harian sekitar 115.55 pada pembukaan sesi dagangan New York.  Data berimpak tinggi “building permits” dari Amerika Syarikat yang keluar jauh meleset dari jangkaan, 1.03 juta berbanding 1.06 juta, menyebabkan Dollar kehilangan momentum.

Yen yang kembali menguat selepas pilihanraya umum Ahad lalu, bakal menyaksikan Perdana Menteri Shinzo Abe terus melaksanakan program ransangan ekonomi ala “Abenomics” versi 2.0 yang lebih mencabar dalam menjana potensi ekonomi Jepun ke tahap yang lebih mampan.  Langkah pertama adalah untuk menyelesaikan pakej bajet berbaki sebelum ini sebanyak 3 trilion Yen ($25 bilion) dan menggantikan undang-undang cukai jualan yang dilaksanakan April lalu dan menangguhkannya sehingga April 2017.

Jepun adalah negara anggota G7 dengan cukai korporat yang kedua tertinggi menurut Kementerian Kewangannya.  Cukai korporat United Kingdom bakal jatuh ke paras 20% tahun depan dan Korea Selatan pula yang merupakan saingan Jepun dalam industri automotif dan elektronik, mengenakan 22%.  Menurut Menteri Ekonomi Jepun, Akira Amari, kerajaan Jepun bertekad menurunkan kadar cukai secara berperingkat-peringkat dalam tempoh lima tahun. Kadar masa kini adalah 35.64% dan Menteri Perdagangan Jepun, Yoichi Miyazawa mahu pengurangan minima 2.5% pada tahun depan menjadikannya 33.14%

Hari ini, dengan ketiadaan data berimpak tinggi dari Jepun dan hanya data berimpak tinggi “consumer price index” dari Amerika Syarikat yang dijangka lebih rendah dari sebelumnya, 1.4% berbanding 1.7%, Dollar masih dilihat mempunyai potensi untuk kembali menguat terutamanya pada sesi petang dagangan New York apabila mesyuarat FOMC berlangsung.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat