USDJPY Analisa Fundamental Harian 18 Nov 2015

40

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-011

Dollar Yen terus memacu naik lebih 30 pips Selasa semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 123.50 sebelum menutup sekitar 123.45; setelah mata wang Amerika itu terus mendapat permintaan apabila laporan inflasi AS semalam adalah seperti jangkaan. Para trader telah berpindah kepada Dollar AS sebagai pelaburan yang selamat, manakala yen menyerah selepas Jepun kembali ke dalam kemelesetan.

Dollar AS terus meningkat berbanding mata wang utama yang lain, kerana jangkaan pasaran untuk kenaikan kadar pada akhir tahun ini terus menyokong Dollar AS.  Indeks Dollar, yang mengukur kekuatan Dollar AS berbanding enam matawang utama, meningkat 0.44% kepada sekitar 99.65. Dollar AS telah disokong dengan kukuh sejak laporan NFP yang memberansangkan pada awal bulan ini; sekaligus mendorong jangkaan pelabur terhadap Federal Reserve AS untuk menaikkan kadar pada mesyuarat FOMC pada 15-16 Disember depan.

[adrotate group=”6″]

Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan permit bangunan yang dijangka meningkat dari 1.11 juta kepada 1.15 juta; walaupun pembinaan baru bermula dijangka jatuh dari 1.21 juta kepada 1.16 juta.  Tiada laporan ekonomi dari Jepun hari ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat