USDJPY Analisa Fundamental Harian 19 Feb 2015

44

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-011

Dollar Yen berada dalam dagangan ‘ranging’ dengan paras tertinggi sekitar 119.42 dan  terendah sekitar 119.12; sebelum mesyuarat FOMC berlansung.  Para pedagang dilihat mula membeli logam berharga dan matawang safe-haven seperti Yen, Swiss Francs, dan Dollar bagi mengawal risiko ekoran krisis ‘Grexit’.  Bank of Japan dalam kenyataan medianya semalam, mengekalkan “interest rate” dan polisinya, disamping memberi pandangan yang positif terhadap masa depan ekonomi Jepun.

Bank pusat Jepun itu melaporkan bahawa, eksport telah pun meningkat dan kemelesetan pengeluaran telah pun berakhir.  Pengeksport-pengeksport besar mendapat keuntungan berganda, hasil dari penyusutan lebih 20% nilai Yen semenjak Perdana Menteri Shinzo Abe mengambil alih pemerintahan pada December 2012.  Syarikat Toyota Motor contohnya, mencatat keuntungan bersejarah pada March 2014, apabila pendapatannya melebihi keuntungan dua syarikat gergasi permotoran – Volkswagen dan General Motors pada tahun lepas.

Hari ini dengan ketiadaan sebarang data berimpak tinggi dari Jepun, Dollar dilihat bakal menguasai pasaran, terutamanya jika “unemployment claims” AS dilaporkan lebih baik dari jangkaan 295 ribu.  Manufacturing index AS yang dijangka lebih baik, dilihat berpotensi memacu Dollar.  Walau bagaimanapun, mesyuarat FOMC bakal menjadi kunci kepada hala tuju Dollar selanjutnya.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat