USDJPY Analisa Fundamental Harian 19 Jan 2015

51

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-012

Dollar Yen yang membuat paras terendah sekitar 115.85 pada awal sesi Asia Jumaat lalu, kembali memacu naik lebih 190 mata sebelum menutup pasaran sekitar 117.50, pada lewat sesi dagangan New York; sekaligus membentuk “bullish engulfing candle” di carta harian.  Walau bagaimanapun nilai tukaran USD|JPY dilihat berada dibawah “stop and reverse” indikator pada kedua-dua carta mingguan dan harian, menandakan pasaran yang sedang memasuki fasa “downtrend”.

Khamis lalu, pasaran yang dikejutkan dengan berita pembatalan sokongan terhadap nilai tukaran EUR|CHF oleh SNB, menyebabkan para pelabur mula panik dan membeli Yen.  Pada masa yang sama, Bank of Japan melaporkan kenaikan gaji sebanyak 1% adalah diperlukan pada tahun yang mendatang untuk mengeluarkan ekonomi Jepun daripada deflasi lebih 2 dekad itu.  Kejatuhan harga minyak mentah dilihat sebagai satu rahmat, kerana ianya bakal mengurangkan kos, sekaligus menggalakkan perbelanjaan umum.

Hari ini tiada sebarang data berimpak tinggi dari kedua-dua negara, dan pasaran dijangkakan dalam dagangan tipis dan “ranging” dengan Yen dilihat bakal mendominasi pasaran sebelum mesyuarat ECB Khamis ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat