USDJPY Analisa Fundamental Harian 21 Mei 2015

31

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-006

Dollar Yen terus memacu naik untuk 4 hari berturut-turut sejak Jumaat lalu, dan semalam Rabu kadar tukaran USD|JPY memacu lebih 85 pips lagi, dari paras terendah harian sekitar 120.60, sebelum menutup lebih tinggi sekitar paras 121.35, pasca siaran minit mesyuarat FOMC awal pagi tadi.

Pasaran memberikan reaksi yang pasif terhadap Yen, walaupun GDP Jepun untuk suku pertama tahun ini dilaporkan jauh lebih baik dari jangkaan, 2.4% berbanding 1.5%.  Ahli ekonomi menganggarkan pertumbuhan sebanyak 0.4%, atau 1.6% pada asas tahunan. Pertumbuhan suku keempat tahun lepas telah disemak semula ke bawah, kepada 0.3%, daripada 0.4%. Kesan kenaikan cukai jualan tahun lepas kelihatan menyusut, dengan tabiat perbelanjaan pengguna yang mengatasi jangkaan.

Penggunaan peribadi dari suku ke suku meningkat 0.4%, berbanding ramalan pada 0.2%. Walau bagaimanapun, kenaikan 0.5% pada akhir tahun 2014 telah disemak semula ke bawah 0.4%. Perbelanjaan perniagaan keluar mengecewakan, meningkat hanya 0.4%, berbanding ramalan pada 0.6% walaupun semakan positif: kejatuhan 0.1% pada akhir 2014 kini stabil.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat