USDJPY Analisa Fundamental Harian 21 Oct 2015

38

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-011

Dollar Yen melonjak lebih 50 pips Selasa semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 119.95 sebelum menutup sekitar paras 119.80; setelah para pedagang menunggu mesyuarat Bank of Japan pada 30 Oktober ini, tetapi masih berhati-hati dalam menilai data imbangan perdagangan Jepun.

Di New York dolar AS bergerak dalam julat yang kecil, apabila para pedagang menunggu Bank Pusat Eropah mengadakan mesyuarat dasar esok, di mana ia boleh mengambil langkah-langkah ransangan tambahan untuk meningkatkan ekonomi Euro-Zone, kata para peniaga. Pegawai-pegawai Fed telah memberi mesej yang bercampur-campur kepada pasaran dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

[adrotate group=”6″]

Pengerusi Feds Janet Yellen dan beberapa orang lain telah berkata, bahawa mereka menjangkakan kenaikan kadar akan diperlukan menjelang akhir tahun ini; manakala terdapat pegawai-pegawai lain pula yang telah menyatakan sikap berhati-hati, memandangkan risiko ekonomi global yang perlahan boleh mengancam ekonomi AS.

Yen, sementara itu, terperangkap dalam dagangan ‘sideway’, apabila pelabur memikirkan sama ada atau tidak, Bank of Japan akan mengambil atau memberi isyarat langkah-langkah rangsangan selanjutnya, menjelang akhir bulan ini untuk meningkatkan pemulihan ekonomi yang semakin lesu.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat