USDJPY Analisa Fundamental Harian 23 Apr 2015

30

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-018

Dollar Yen yang menyusut sekitar 40 pips pada sesi Asia Rabu semalam, kembali memacu naik pada pagi New York, untuk mencapai paras tertinggi sekitar 119.95, sebelum menutup lebih tinggi dari pembukaan, sekitar 119.90; selepas data “existing home sales” Amerika Syarikat dilaporkan jauh lebih baik dari jangkaan, pada 5.19 juta berbanding 5.03 juta, serta data sebelumnya juga dikemaskini kepada lebih baik.

Di pasaran global, para pelabur memberikan perhatian penuh kepada krisis ‘Grexit’ dan ramai penganalisa melihat bahawa pasaran telah pun memfaktorkan keluarnya Greece dari Euro-Zone.  Keadaan ini sudah tentunya menyebabkan matawang ‘safe-haven’ seperti Dollar, Swiss Francs dan Yen; serta logam berharga mendapat tambahan permintaan.

Di pasaran Amerika Syarikat, presiden Federal Reserve New York William Dudley dalam satu kenyataan baru-baru ini mengatakan, data inflasi terbaru belum cukup kukuh untuk menaikkan “interest rate” dalam masa terdekat, walaupun pertumbuhan ekonomi secara keseluruhannya adalah memberansangkan.

Federal Reserve AS dijangka menaikkan “interest rate” lewat tahun ini, dan terdapat permintaan yang baik untuk portfolio dan pelaburan asing di Jepun.  Kami menyarankan pembeliaan Dollar Yen melalui strategi ‘buy-on-dip’, menurut ketua strategi matawang Deutsche Bank di Jepun.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat