USDJPY Analisa Fundamental Harian 23 Jul 2015

33

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-018

Dollar Yen kembali memacu naik lebih 55 pips Rabu semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 124.15 sebelum menutup sekitar paras 123.95; selepas Dollar AS kembali mendapat permintaan berbanding Yen apabila ramai penganalisis masih percaya bahawa Bank of Japan masih dalam mood QE.  Pacific Investment Management Co berkata kemungkinan Bank of Japan mengembangkan program rangsangan masih kekal di atas meja, dan bon jangka panjang kerajaan Jepun kelihatan menarik.

“Pelonggaran tambahan akan menjadi mungkin, sekiranya terdapat satu “kejutan deflasi” dalam saham, mata wang atau harga minyak, menyebabkan risiko kepada jangkaan inflasi,” menurut Tomoya Masanao, ketua pengurusan portfolio bagi Jepun di PIMCO.  Senario paling mungkin adalah untuk BOJ berpegang kepada pelonggaran kuantitatif dan kualitatif semasa, satu langkah yang akan menyokong kenaikan dalam JGBs, tambahnya lagi.

Mata wang Jepun lemah berbanding Dollar AS bagi suku keempat berturut-turut untuk tempoh tiga bulan yang berakhir pada 30 Jun lalu.  Penurunan suku tahun yang paling lama sejak Mac 2006. Ia telah menurun 1.5% bulan ini kepada sekitar 124.45.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat