USDJPY Analisa Fundamental Harian 23 Sep 2015

29

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-009

Dollar Yen jatuh lebih 90 pips Selasa semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 119.70 sebelum menutup sekitar paras 120.15; setelah kajian Tankan suku tahunan dari Bank of Japan yang bakal dilaporkan pada 1 Oktober, dijangka menunjukkan penurunan sentimen perniagaan yang pertama dalam tiga suku, menurut ahli ekonomi.

Indeks utama keadaan perniagaan pengeluar utama, dijangka jatuh kepada +12 dalam kaji selidik itu untuk September, daripada +15 pada tiga bulan sebelum ini; menurut anggaran purata 14 institut penyelidikan ekonomi yang dikaji. Indeks itu mewakili peratusan syarikat-syarikat yang melihat keadaan perniagaan yang menggalakkan selepas ditolak dari firma yang merasakan sebaliknya. Institut-institut penyelidikan yang dikaji memetik kebimbangan mengenai kelembapan di China dan kejatuhan pasaran saham global.

[adrotate group=”6″]

Ramai pakar mengatakan kebimbangan yang semakin meningkat. Indeks yang sama untuk sektor perkhidmatan tempatan juga menunjukkan kelembapan dalam tempoh laporan. Ini merupakan penurunan daripada +27 pada Ogos kepada +23 pada bulan September. Laporan sektor perkhidmatan menunjukkan sentimen yang lebih rendah dan kebimbangan yang lebih besar dalam tempoh 8 bulan yang lalu. Pada masa yang sama, indeks dijangka jatuh lebih jauh dalam tempoh 3 bulan akan datang.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat