USDJPY Analisa Fundamental Harian 24 Dec 2014

39

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-014Dollar Yen memecah paras 120.00 pada awal sesi Asia dalam dagangan tipis Selasa semalam lantaran cuti umum hari lahir Maharaja Jepun dan pasaran yang mula memasuki suasana Krismas dan tahun baru.  Walau bagaimanapun, nilai tukaran USD|JPY kemudiannya melonjak ke sekitar 120.75 sebaik sahaja GDP Amerika Syarikat dilaporkan jauh lebih baik dari jangkaan, 5% berbanding 4.3%, pada sesi dagangan pagi New York.

Yen telah meyusut nilai selama empat hari berturut-turut berbanding Dollar, yang terburuk dalam sebulan, akibat kurangnya permintaan untuk matawang “safe-haven” dan pasaran ekuiti global yang kembali melonjak.

Khamis ini, Gabenor BoJ Kuroda bakal berucap selepas minit mesyuarat BoJ keluar beserta beberapa laporan-laporan ekonomi Jepun – “Unemployment rate” dijangka stabil pada 3.5%, “consumer price index” tahunan dijangka menyusut dari 2.9% kepada 2.7%, “household spending” dijangka sedikit baik dari -4.0% kepada -3.6%, dan “industrial production” dijangka meningkat dari 0.2% kepada 0.8%.

Hari ini, dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Jepun, para pelabur mula memberikan tumpuan awal pada laporan ekonomi Khamis esok.  Amerika Syarikat bakal melaporkan “initial jobless claim” yang dijangka meningkat kepada 290 ribu berbanding 289 ribu sebelum ini.  Pasaran dijangka terus “ranging” sempena Krismas dan suasana tahun baru yang bakal mendatang; melainkan terdapat kejutan pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat